Xiaomi Melancarkan Televisyen Pintar 4K Yang Hanya Setebal 9.9mm – Mi TV 2S

Xiaomi Melancarkan Televisyen Pintar 4K Yang Hanya Setebal 9.9mm – Mi TV 2S

Diterbitkan pada July 16, 2015 oleh .

Xiaomi sebelum ini telah menawarkan beberapa televisyen pintar untuk pasaran China, dan hari ini ia ditambah lagi dengan pengenalan Mi TV 2S secara rasminya. Ia hadir berasaskan Android 5.0, serta membawakan rekaan yang hanya setebal 9.9mm sahaja.

Xiaomi Mi TV 2S

Xiaomi Mi TV 2S

Xiaomi Mi TV 2S

Xiaomi Mi TV 2S ini membawakan skrin bersaiz 48-inci, dan hadir dengan sokongan paparan 4K. Melengkapkan televisyen pintar ini adalah cip pemprosesan MStar 6A928 1.4Ghz, dan juga Mali T760MP4 GPU.

Xiaomi menekankan yang mana televisyen ini adalah televisyen paling nipis dalam siri Mi TV, dan turut hadir dengan beberapa pilihan warna menyasarkan pengguna muda. Pelbagai perkara telah direkabentuk semula oleh Xiaomi untuk Mi TV 2s ini, termasuk palam kuasanya.

Xiaomi Mi TV 2S

Xiaomi Mi TV 2S

Xiaomi Mi TV 2S

Xiaomi Mi TV 2S

Mi TV 2S ini hadir untuk pasaran China sahaja buat masa ini, dan sejumlah kandungan menarik turut disediakan melalui MIUI untuk TV yang dibangunkan oleh Xiaomi.

Mi TV 2S dijual pada harga RMB 2999 (~RM1838), sementara versi khusus dinamakan Theatre Edition dengan kualiti bunyi lebih baik ditawarkan pada harga RMB 3999 (~RM2451).

Xiaomi Mi TV 2S

Xiaomi Mi TV 2S


TIPS & ULASAN