Cari @ Amanz

Xiaomi selain memperenalkan televisyen pintar terbaru, mereka juga turut sama memperkenalkan Mi Water Purifier, iaitu sebuah penapis air pintar yang berhubung, sekaligus membolehkan anda memantau kualiti air semasa dalam bentuk masa-nyata terus pada telefon pintar anda.

Xiaomi Mi Water Purifier

Xiaomi Mi Water Purifier

Xiaomi Mi Water Purifier

Xiaomi mengatakan kebanyakkan isi rumah pada masa kini mempunyai penapis air tersendiri, dan melalui Mi Water Purifier, mereka ukan sahaja menawarkan sokongan penapisan air, tetapi turut direkabentuk dengan cantik, selain memudahkan pengguna memantau kualiti air semasa.

Mi Water Purifier menggunakan teknologi osmosis berbalik, dan menggunakan empat langkah penapisan RO untuk menawarkan air yang bersih. Mi Water Purifier juga mampu menapis lebih 400 galon air dalam sehari – 8 kali ganda berbanding kebiasaan.

Seperti beberapa peranti pintar Xiaomi yang lain, pengguna turut boleh memantau kualiti semasa menggunakan aplikasi Mi Home, selain ia turut boleh digunakan untuk mengingatkan pengguna bagi mengubah penapis.

Mi Water Purifier ditawarkan untuk pasaran China sahaja pada harga RMB1299 (~RM796). Selain China, ia juga dijangka akan dipasarkan untuk pasaran India.

Xiaomi Mi Water Purifier

Xiaomi Mi Water Purifier

Xiaomi Mi Water Purifier

Xiaomi Mi Water Purifier

Xiaomi Mi Water Purifier

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd