Pakej UniFi 10Mbps Kini Ditawarkan Pada Harga Langganan Bulanan RM179

Pakej UniFi 10Mbps Kini Ditawarkan Pada Harga Langganan Bulanan RM179

Diterbitkan pada July 16, 2015 oleh .

Telekom Malaysia pada bulan April yang lepas telah mengumumkan akan mengurangkan harga tawaran UniFi 10Mbps bermula 15 Julai. Kini, ia dilihat telah mula diimplementasikan dan para pengguna baru yang mendaftar untuk pakej 10Mbps akan tertakluk kepada pakej baru ini.

TM HyppTV

Jikalau diambil-kira caj GST, harga langganan baru ini adalah RM189.74, berbanding dengan sebelum ini yang mana pakej UniFi 10Mbps ditawarkan pada harga RM199 (RM210.94 termasuk GST).

Walaupun menurunkan harga jualan, apa yang ditawarkan adalah sama seperti sedia ada, termasuk akses jalur-lebar pada kelajuan 10Mbps, panggilan percuma tanpa had ke talian tetap di Malaysia, dan akses ke HyppTV.

Pihak Telekom Malaysia masih tidak memasarkan pakej ini secara meluas lagi, dan pengguna baru perlu ke TMpoint terdekat untuk mendaftarkan pakej ini. Pakej ini hanya ditawarkan kepada pelanggan baru sahaja, dan pihak Telekom Malaysia masih tidak mengeluarkan sebarang info lanjut untuk pelanggan sedia ada.


TIPS & ULASAN