Rovio telah memperkenalkan Angry Birds pada Disember 2009 yang lepas, dimana ketika itu ia merupakan salah satu permainan pada peranti mudah-alih yang popular, malah ada yang membeli peranti dan bertanya akan sama ada peranti mereka menyokong permainan Angry Birds ataupun sebaliknya.
Sejak daripada itu, permainan Angry Birds telah dimuat-turun lebih 3 bilion kali, malah pihak Rovio sendiri hadir dengan beberapa variasi permainan Angry Birds – serta versi khusus bersempena beberapa filem.
Terkini, Rovio dilihat melangkah setapak kehadapan, dan bakal melancarkan Angry Birds 2 pada 30 Julai kelak. Apakah yang akan ditawarkan masih belum diketahui lagi. Namun, Rovio mengatakan mereka akan membawakan kejutan, dan Angry Birds 2 bakal diterbitkan pada 30 Julai pada pelbagai kedai-aplikasi seluruh dunia.