Cari @ Amanz

Microsoft agak memfokuskan kepada pembangunan sistem operasi Windows 10 akhir-akhir ini, tetapi pada masa yang sama, mereka tidak melupakan pengguna peranti Windows RT, seperti Surface RT. Melalui sebuah Tweet, Gabe Aul dari Microsoft mengatakan pengguna Windows RT akan menerima kemaskini pada bulan September kelak.

Surface RT

Ia dikatakan akan ditawarkan sebagai kemaskini Windows 8.1 RT Update 3. Tiada sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan perkara ini dikongsikan buat masa ini, seperti apakah fungsi yang akan dibawakan dan sebagainya.

Windows RT sebelum ini telah ditawarkan oleh Microsoft untuk peranti berasaskan ARM, tetapi ia tidak menerima permintaan yang tinggi kerana tidak boleh menjalankan perisian Windows seperti biasa, sebaliknya bergantung kepada aplikasi dari Windows Store sahaja.

Peranti baru berasaskan Windows RT sendiri seperti tidak keluar lagi, memandangkan pihak Microsoft sendiri telah beralih kepada cip Intel melalui Surface 3. Walaubagaimanapun, nampaknya, Microsoft tidak melupakan pengguna sedia ada peranti Windows RT, dan akan menawarkan kemaskini berkenaan sekitar bulan September 2015 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd