Motorola Menjadualkan Acara Pada 28 Julai – Moto G dan Moto X Baru Mungkin Diumumkan

Motorola Menjadualkan Acara Pada 28 Julai – Moto G dan Moto X Baru Mungkin Diumumkan

Diterbitkan pada July 17, 2015 oleh .

Sejak beberapa minggu lepas, kita telah melihat beberapa gambar tertiris memperlihatkan Moto G 2015 dan beberapa info berkaitan yang lain. Hari in, Motorola sendiri telah mula menghantar jemputan media untuk sebuah acara yang dijadualkan pada 28 Julai kelak.

Tiada sebarang petanda yang diperlihatkan melalui gambar jemputan berkenaan, tetapi seperti biasa, dengan info berkaitan Moto X dan Moto G baru yang tertiris akhir-akhir ini, kita mungkin dapat melihatnya diumumkan pada tarikh tersebut.

Motorola 28 July

Moto G dikatakan akan hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, menggunakan cip Snapdragon 410, hadir dengan sokongan 4G, serta dikatakan mungkin hadir dengan memori 1GB RAM atau 2GB RAM.

Moto X pula merupakan peranti berspesifikasi tinggi daripada Motorola, dimana hadir menggunakan skrin 5.2-inci dan berkemungkinan dijana menggunakan Snapdragon 808.

Kedua-duanya akan menjadi antara peranti terawal daripada Motorola yang mana kini beroperasi dibawah Lenovo.


TIPS & ULASAN