Apple Dan Samsung Dalam Perbincangan Bersama Industri Untuk Penggunaan e-SIM

Apple Dan Samsung Dalam Perbincangan Bersama Industri Untuk Penggunaan e-SIM

Diterbitkan pada July 17, 2015 oleh .

Lenovo-Viibe-X2-Pro-sim-trayGSMA merupakan salah satu persatuan yang memantau industri telekomunikasi mudah-alih dunia, dan kini ia dilaporkan Samsung dan Apple, kedua-duanya sedang dalam perbincangan bersama-sama GSMA untuk mula mengguna pakai kad-SIM berbentuk elektronik pada peranti keluaran mereka.

Melalui penggunaan kad-SIM elektronik ini, ia dikatakan akan memudahkan para pengguna untuk menukar rangkaian telekomunikasi mereka dengan lebih mudah – dan tidak lagi perlu menggantikan kad-SIM fizikal seperti pada hari ini. Ini juga secara tidak langsung akan memudahkan lagi pengguna ketika ke luar negara, ataupun jika ingin menggunakan rangkaian berbeza dalam sesuatu negara.

Seperti biasa, ini boleh dikatakan masih lagi pada peringkat awal, dan GSMA sendiri sedang dalam proses membangunkan info teknikal untuk digunakan dalam pembangunan. Jika semuanya berjalan lancar, mungkin kita akan dapat melihat ia diimplementasikan pada peranti dalam beberapa tahun lagi.


TIPS & ULASAN