HTC Grip Tidak Akan Dipasarkan – Gelang Tangan Pintar Versi Yang Dikemaskini Akan Diperkenalkan
HTC

HTC Grip Tidak Akan Dipasarkan – Gelang Tangan Pintar Versi Yang Dikemaskini Akan Diperkenalkan

Diterbitkan pada July 17, 2015 oleh .

HTC pada tahun ini telah hadir dengan beberapa variasi produk lain, dimana ketika bulan Mac lepas, salah satu peranti yang turut telah diumumkan mereka adalah HTC (Re) Grip – gelang tangan pintar yang memfokuskan kecergasan daripada HTC. Kini, ia dilaporkan HTC tidak akan memasarkan peranti berkenaan, sebaliknya akan hadir dengan versi yang lebih baik pada tahun ini.

HTC Grip

HTC Grip

Walaupun HTC menangguhkan perkara ini, HTC dilihat masih memfokuskan kepada arena kecergasan dan akan hadir dengan versi yang lebih baik pada tahun ini. Namun, ia masih tidak diketahui sama ada versi baru kelak akan dipasarkan pada peringkat global ataupun sebaliknya.

HTC Grip sebelum ini diperkenalkan dan dikatakan akan hanya dipasarkan di Amerika Utara sahaja untuk tahun ini. HTC membangunkannya dengan mengintegrasikan ia bersama aplikasi Under Armour – dimana lebih memfokuskan kepada para atlet dan mereka yang kerap bersukan.

Dengan penangguhan dan versi baru yang bakal hadir, kita mungkin akan dapat melihat versi yang lebih baik dan mesra pengguna diperkenalkan oleh HTC kelak.


TIPS & ULASAN