Pelayar Web Vivaldi Kini Hadir Dengan Sokongan Pemalam Chrome

Pelayar Web Vivaldi Kini Hadir Dengan Sokongan Pemalam Chrome

Diterbitkan pada July 17, 2015 oleh .

Vivaldi merupakan salah satu pelayar web yang masih pada peringkat pembangunan dan berasaskan kepada Chromium. Mereka telah memperkenalkan beberapa kemaskini dalam fasa pembangunan, dan paling terkini, Vivaldi Preview 4, mereka turut menyertakan sokongan untuk pemalam Chrome.

Vivaldi merupakan salah satu pelayar web yang sedang dibangunkan oleh pasukan yang diketuai oleh bekas CEO Opera. Ia hadir dengan rekaan yang berbeza, disamping mudah untuk digunakan dan beroperasi dengan pantas.

Vivaldi Apps

Dengan kemaskini terbaru ini, pengguna boleh melayari laman Chrome WebStore, dan seterusnya memasang terus aplikasi Chrome pada pelayar web Vivaldi. Ini sekaligus memberikan alternatif kepada pengguna yang ingin mengekalkan penggunaan pemalam Chrome, tetapi pada masa yang sama ingin menggunakan pelayar web selain Chrome.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun pelayar web Vivaldi terkini dan menikmati ciri baru ini. Vivaldi dijangka memasuki fasa beta pertama selepas ini.

Muat-Turun Vivaldi


TIPS & ULASAN