OnePlus 2 Akan Hadir Dengan Sokongan Dwi-SIM

OnePlus 2 Akan Hadir Dengan Sokongan Dwi-SIM

Diterbitkan pada July 17, 2015 oleh .

OnePlus Dwi-SIMPihak OnePlus telah berkongsi beberapa perkara sebelum ini seperti cip pemprosesan Snapdragon 810, memori 4GB RAM, sokongan pengimbas cap jari, serta penggunaan slot USB Type-C. Terkini, satu lagi info yang hadir adalah dimana OnePlus turut akan hadir dengan sokongan dwi-SIM bagi memudahkan pengguna menggunakan lebih daripada satu SIM pada masa yang sama.

Sokongan dwi-SIM walaupun tidak popular di rantau Eropah dan Amerika, tetapi ia merupakan salah satu fungsi yang popular dikalangan pengguna di rantau Asia, terutamanya Asia Pasifik.

Ia tidak diketahui sama ada sokongan pada OnePlus ini kelak akan berfungsi sebagai sokongan hibrid – menggunakan kad SIM kedua atau mikro-SD, ataupun sebaliknya.

Pengumuman ini dikongsikan oleh OnePlus melalui Weibo, dan dilihat mungkin lebih memfokuskan kepada pengguna di pasaran Asia. Beberapa desas-desus turut mengatakan terdapat juga kemungkinan yang mana OnePlus mungkin menawarkan beberapa variasi peranti OnePlus 2 ketika pengenalan kelak.


TIPS & ULASAN