Mac OS X merupakan sistem operasi kedua popular didunia selepas Windows, dan seperti semua sedia maklum, dengan angka pengguna yang tinggi, Mac OS X turut terdedah kepada angka malware yang semakin meningkat dari hari ke hari.
Melalui Malwarebytes Anti-Malware 1.0 yang hadir ini, ia memfokuskan pelbagai jenis malware, terutamanya berbentuk adware. Pengguna persendirian boleh memuat-turunnya secara percuma, tetapi salah satu kekurangan yang hadir adalah ketiadaan perlindungan masa-nyata menggunakannya, sebaliknya memerlukan pengguna membuat imbasan secara manual.
Versi ini secara kasarnya boleh dikatakan berasaskan kepada AdwareMedic yang telah diambil-alih oleh Malwarebytes sebelum ini, dan versi ini dikatakan sebagai kemaskini untuknya, serta ditawarkan secara percuma kepada semua.
Jika anda merupakan pengguna OS X, anda boleh memuat-turun Malwarebytes Anti-Malware 1.0 secara percuma dan melindungi Macbook dan iMac anda daripada serangan malware.
- Muat-Turun Malwarebytes Anti-Malware untuk Mac