Cari @ Amanz

Sony Malaysia hari ini telah mula mempromosikan telefon pintar terbaru mereka, Xperia Z3+ melalui laman sosial mereka, sekaligus memberikan petanda yang mana telefon pintar berkenaan bakal dilancarkan untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat ini.

Xperia Z3 Plus

Xperia Z3+ merupakan telefon flagship daripada Sony untuk tahun ini, dan merupakan variasi bagi Xperia Z4 yang telah dilancarkan di Jepun. Ia membawakan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan Triluminous HD penuh, dan dijana menggunakn cip pemprosesan Snapdragon 810. Sony turut melengkapkan telefon pintar ini dengan kamera belakang 20.7-megapixel, serta kamera hadapan 5-megapixel.

Sony turut melengkapkan telefon pintar ini dengan ciri-ciri kalis air dan debu IP68, selain ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 2930mAh yang mampu bertahan sehingga 2 hari lamanya.

Seperti biasa, tiada tarikh dan harga jualannya buat masa ini. Namun, memandangkan pihak Sony telah mula mempromosikannya melalui laman sosial mereka, maka ia memberikan petanda yang mana telefon berkenaan akan hadir ke pasaran tempatan dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd