Spotify merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik popular di dunia, dan digunakan ramai pengguna seluruh dunia – termasuk di Malaysia. Terkini, pihak Spotify berkongsi beberapa data menarik mereka melalui sebuah peta dunia, dimana mereka memperlihatkan muzik-muzik popular berdasarkan lokasi.
Melalui peta tersebut, pengguna boleh melihat pelbagai bandar-bandar utama, dan seterusnya mengakses playlist lagu-lagu popular yang didengarkan pengguna di bandar tersebut.
Menurut Spotify, selain mengetahui trend semasa, ia juga turut boleh membantu para pelancong dan pengunjung ke sesuatu bandar untuk mengetahui apakah lagu yang popular dikalangan penduduk tempatan bandar berkenaan.
Spotify mengatakan mereka akan mengemaskini data pada peta ini dua kali setiap bulan.