Video Gambaran Galaxy Note 5 Hadir Memperlihatkan Rekaan Berasaskan Info Tertiris

Video Gambaran Galaxy Note 5 Hadir Memperlihatkan Rekaan Berasaskan Info Tertiris

Diterbitkan pada July 19, 2015 oleh .

Samsung Galaxy Note 5 merupakan salah satu telefon Android yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia, memandangkan ia merupakan antara peranti flagship daripada Samsung, selain menyertakan fungsi tambahan melalui penggunaan S-Pen. Beberapa info sedia tertiris sebelum ini, dan kini sebuah video gambaran ringkas hadir memperlihatkan secara kasar rekaan yang mungkin dibawakan oleh Samsung melalui Galaxy Note 5 kelak.

Mengikut apa yang diketahui sebelum ini, Galaxy Note 5 dikatakan akan membawakan rekaan yang lebih kurang sama seperti Galaxy S6, dimana berasaskan kaca pada bahagian hadapan dan belakang, serta bingkai berasaskan logam.

Galaxy Note 5 Render

Galaxy Note 5 Render

Daripada rekaan gambaran yang hadir, ia menunjukkan rekaan kaca 2.5D pada bahagian belakang – berkemungkinan untuk menjadikan ia lebih selesa untuk dipegang, selain pada masa yang sama turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari melalui butang Home.

Fungsi lain seperti S-Pen, port pengecasan dan sebagainya turut disertakan – dan mengikut beberapa info ia dikatakan akan hadir dengan kemudahan untuk mengeluarkan S-Pen, sekaligus memudahkan pengguna tidak lagi perlu bersusah menggunakan kuku untuk keluarkan S-Pen.

Samsung masih berdiam berkaitan dengan Galaxy Note 5 buat masa ini, tetapi mengikut pelbagai desas-desus, ia dijangka hadir pada pertengahan Ogos kelak dengan menggunakan cip Exynos 7422 serta memori 4GB RAM.


TIPS & ULASAN