Joomla Day Malaysia 2015 Bakal Diadakan Pada 15 Ogos Ini – Pendaftaran Dibuka Sekarang

Joomla Day Malaysia 2015 Bakal Diadakan Pada 15 Ogos Ini – Pendaftaran Dibuka Sekarang

Diterbitkan pada July 20, 2015 oleh .

Joomla merupakan salah satu CMS yang digunakan meluas untuk pembangunan web, dan mempunyai komuniti yang aktif disebalik pembangunannya. Di Malaysia sendiri, sejumlah besar pengguna menggunakan Joomla, malah ia turut digunakan untuk tujuan pembangunan web di beberapa universiti tempatan.

Terkini, sebagai acara tahunan, Joomla Day Malaysia bakal diadakan pada 15 Ogos akan datang ini, bertempat di KLCC Kuala Lumpur. Melalui acara berkenaan, penganjurnya akan berkongsi mengenai penggunaan Joomla dalam membangunkan web dinamik, selain turut berkongsi mengenai kelebihan platform berkenaan serta fungsi-fungsi baru serta kemaskini sekuriti yang dibawakan Joomla.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mendaftarkan diri hari ini untuk menyertai acara tahunan komuniti Joomla ini. Pendaftaran kini dibuka pada yuran penyertaan RM49 seorang – dimana setiap pendaftaran memberikan akses kepada semua sesi, termasuk baju-T percuma dan juga sijil penyertaan.

Anda boleh dapatkan info lanjut mengenai agenda, dan mereka yang berkongsi pengalaman dan ilmu pada acara berkenaan dengan melayari laman rasmi Joomla Day Malaysia hari ini.

Layari : Joomla Day Malaysia 2015


TIPS & ULASAN