Telegram Kini Memudahkan Anda Memainkan Video Dari YouTube Dan Vimeo Tanpa Meninggalkan Aplikasi

Telegram Kini Memudahkan Anda Memainkan Video Dari YouTube Dan Vimeo Tanpa Meninggalkan Aplikasi

Diterbitkan pada July 20, 2015 oleh .

Telegram merupakan salah satu aplikasi permesejan yang menawarkan paparan yang ringkas, selain pelbagai fungsi dan ciri-ciri menarik. Ia ditawarkan untuk pelbagai platform – dan salah satu perkara menarik mengenai Telegram adalah dimana mereka menambah ciri-ciri serta fungsi baru hampir setiap minggu.

Terkini, melalui kemaskini Telegram terbaru yang hadir, mereka menawarkan kemudahan untuk memainkan fail media daripada perkhidmatan seperti YouTube, Vimeo, dan SoundCloud terus pada Telegram tanpa perlu meninggalkan aplikasi berkenaan.

Telegram Preview

Telegram versi 3.10 yang telah diperkenalkan sejak penghujung minggu lepas membawakan fungsi ini, dimana pengguna hanya perlu tap pada pautan yang dikongsikan rakan-rakan, dan seterusnya Telegram akan membuka sebuah paparan kecil pada sebahagian skrin untuk membolehkan anda memainkan video atau mendengar audio.

Fungsi ini mungkin amat berguna bagi anda yang sering menghabiskan masa di Telegram, dan anda boleh lakukan aktiviti seperti menonton atau mendengar audio tanpa perlu meninggalkan aplikasi berkenaan.

Buat masa ini, fungsi ini tersedia untuk pengguna Telegram di iPhone dan juga Android.


TIPS & ULASAN