Samsung Mengumumkan Galaxy Tab S2 – Tablet Nipis Dan Ringan Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari

Samsung Mengumumkan Galaxy Tab S2 – Tablet Nipis Dan Ringan Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari

Diterbitkan pada July 20, 2015 oleh .

Samsung hari ini secara rasminya telah pun memperkenalkan tablet terbaru mereka, Galaxy Tab S2 yang mana hadir dalam dua variasi saiz, iaitu 9.7-inci dan juga 8-inci. Dibawah keluarga tablet Galaxy Tab S, Samsung memfokuskan kepada tablet untuk membaca dan menikmati kandungan digital melaluinya.

Samsung Galaxy Tab S2 membawakan rekaan yang sangat nipis dan ringan – malah Samsung mengatakan ia merupakan keluarga tablet paling ringan dibawah portfolio mereka. Galaxy Tab S2 dengan saiz 9.7-inci hanya seberat 389g sahaja, sementara versi 8-inci hanya seberat 265g.

Samsung Galaxy Tab S2

Kedua-dua tablet ini dilengkapi dengan skrin Super AMOLED, dan dalam menawarkan pengalaman bacaan serta visual yang baik, Samsung menyertakan teknologi Adaptive Display. Fungsi khusus dinamakan Reading Mode turut disertakan bersama-sama tablet ini.

Galaxy Tab S2 ini menggunakan cip pemprosesan lapan-teras, memori 3GB RAM, dan ruangan storan yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD. Samsung turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari bersama-sama tablet ini.

Walaupun tablet boleh dikatakan agak kurang sesuai untuk merakamkan gambar, fungsi kamera turut disertakan, dimana tablet ini menyertakan kamera belakang 8-megapixel, serta kamera hadaan 2.1-megapixel.

Kedua-dua model tablet ini akan dijual bermula bulan Ogos ini, dimana ia hadir dalam variasi WiFi sahaja ataupun bersama sokongan rangkaian LTE. Ia telah pun melepasi Sirim di Malaysia, dan mungkin kita akan dapat melihat pelancarannya pada bulan Ogos ini.


TIPS & ULASAN