Facebook Menguji Fungsi Watch Later Untuk Video

Facebook Menguji Fungsi Watch Later Untuk Video

Diterbitkan pada July 20, 2015 oleh .

Facebook pada laman sosial mereka telah sedia menawarkan fungsi untuk menyimpan artikel untuk dibaca ketika anda lapang kelak. Kini, fungsi yang lebih kurang sama diuji pada Facebook Video, dimana pengguna boleh menandakan sesuatu video dengan butang “Watch Later” dan menyimpannya untuk ditonton kelak.

Facebook Watch Later

Buat masa ini, Facebook masih pada peringkat ujian untuk fungsi ini, dan butang tersebut dipaparkan pada Facebook versi desktop.

Melalui fungsi ini, ia sekaligus memperlihatkan fokus Facebook terhadap perkhidmatan video mereka, selain memudahkan pengguna untuk tidak terlepas menonton sesuatu video yang ingin ditonton mereka.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Facebook akan memperkenalkan fungsi ini secara meluas kepada semua pengguna.


TIPS & ULASAN