Cortana Akan Dioptimasikan Untuk Setiap Negara – Akan Hadir Untuk Beberapa Negara Sahaja Pada Tahun Ini

Cortana Akan Dioptimasikan Untuk Setiap Negara – Akan Hadir Untuk Beberapa Negara Sahaja Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada July 21, 2015 oleh .

Cortana merupakan salah satu pembantu maya digital daripada Microsoft, dan seperti semua sedia maklum, perkhidmatan tersebut hanya ditawarkan untuk beberapa buah negara sahaja buat masa ini. Berkongsi mengenainya hari ini, Microsoft mengatakan Cortana akan hadir pada tujuh negara ketika pengenalan Windows 10 pada 29 Julai ini.

Negara yang akan disokong ketika pengenalan kelak adalah Amerika Syarikat, UK, China, France, Itali, Perancis, dan juga Sepanyol. Selain daripadanya, beberapa negara lain yang akan turut menerima sokongan Cortana melalui program Windows Insider adalah Jepun, Australia, Kanada, India, Brazil dan juga Mexico.

Microsoft mengatakan Cortana dioptimasikan untuk setiap negara, dan mereka turut mencari penggunaan suara yang khusus untuk setiap pasaran. Microsoft turut mengatakan mereka mengambil-kira setiap budaya dalam penawaran Cortana – sekaligus mungkin menjadi salah satu sebab kenapa ia mengambil masa yang lama untuk diperkenalkan pada semua pasaran.

Microsoft masih tidak berkongsi lagi bagaimanakah pengguna di negara lain dapat menggunakan Cortana buat masa ini. Berkemungkinan kita boleh hanya menukar melalui tetapan untu menggunakannya – lebih kurang seperti apa yang dilakukan pada Windows Phone sebelum ini.


TIPS & ULASAN