Humble Bundle Baru Membawakan Koleksi Permainan Klasik NEOGEO Ke Android

Humble Bundle Baru Membawakan Koleksi Permainan Klasik NEOGEO Ke Android

Diterbitkan pada July 21, 2015 oleh .

Humble Bundle sering hadir dengan pelbagai koleksi permainan pada harga yang rendah. Terkini, mereka melalui penawaran permainan untuk peranti mudah-alih, iaitu Humble Mobile Bundle, mereka membawakan pelbagai koleksi permainan klasik NEOGEO kepada para pengguna peranti Android.

Humble Bundle NEOGEO

Melalui penawaran asas – apabila pengguna membuat bayaran sekurang-kurangnya sebanyak $1 (~RM3.80), anda akan menerima lima permainan untuk Android, iaitu Metal Slug 2, Metal Slug X, King of Fighters 97, Blazing Star dan juga Garou : Mark of The Wolves.

Pengguna juga turut boleh membuat pilihan untuk membuat sumbangan purata, dan akan menerima beberapa permainan tambahan, termasuk Fatal Fury Special, Samurai Shodown 2, dan juga Metal Slug 3.

Bagi anda yang meminati pelbagai permainan klasik ini, mungkin boleh mendapatkannya melalui Humble Mobile Bundle hari ini, dan ia akan tamat pada 3 Ogos kelak.

Layari : Humble Mobile Bundle – NEOGEO


TIPS & ULASAN