Markah Penanda Aras Untuk OnePlus 2 Tertiris – Menandingi Samsung Galaxy S6

Markah Penanda Aras Untuk OnePlus 2 Tertiris – Menandingi Samsung Galaxy S6

Diterbitkan pada July 21, 2015 oleh .

Markah penanda aras Antutu bagi OnePlus 2 tertiris dan ianya menandingi markah yang dicatatkan oleh Samsung Galaxy S6. Dari gambar yang tertiris OnePlus 2 mencatatkan 63709 markah dan ini juga meletakkannya di antara peranti paling berkuasa untuk tahun 2015. Dalam ujian Antutu yang kami jalankan sendiri ke atas Galaxy S6, kami berjaya mencatatkan 60372 markah. Sungguhpun begitu terdapat pengguna lain yang mencatatkan markah lebih dari 67000 untuk peranti utama Samsung ini.

OnePlus-2-Antutu-Leak

Persoalannya sekarang adalah masalah pemanasan melampau benar-benar akan berjaya diselesaikan sebelum OnePlus 2 diumumkan 27 Julai akan datang. Setakat ini kita mengetahui ia mempunyai pengimbas cap jari, kamera utama 13 Megapixel, RAM 4 Gigabyte, sokongan dwi-sim dan bateri 3300 mAh. Ia turut dijanjikan akan dijual pada harga sekitar RM 1750 sebuah. Bagi sebuah peranti utama berkemampuan tinggi serta spesifikasi yang baik, OnePlus Two mempunyai kelebihan dari segi harga jualan buat masa ini berbanding pesaing.

 


TIPS & ULASAN