Carian
5 Perkara Bagaimana Samsung Galaxy Tab A Boleh Membantu Anda Ketika Musim Perayaan
July 22, 2015 Aman

Samsung Galaxy Tab A merupakan salah satu tablet daripada Samsung yang terbaru, dan menariknya hadir dengan sokongan input berasaskan S-Pen, sekaligus memudahkan anda membuat pelbagai catatan menggunakannya. Perkara ini juga turut memudahkan anda dalam melaksanakan beberapa perkara ketika musim perayaan kini.



Membuat Catatan Dan Rujukan Ketika Memasak

Pada hari ini, ramai yang merujuk kepada resipi dari pelbagai laman-laman atas-talian untuk memasak dan hadir dengan sesuatu masakan yang baru. Galaxy Tab A boleh membantu pengguna untuk digunakan sebagai rujukan di dapur ketika memasak, ataupun turut digunakan untuk membuat catatan berkenaan barangan yang telah dibeli untuk tujuan memasak. Ia hadir dengan skrin 9.7-inci yang sesuai untuk rujukan dan menonton video berkaitan resipi dan sebagainya – selain turut ditawarkan dengan versi kompak bersaiz 8.0-inci untuk memudahkan anda memegang dan membuat catatan.

Galaxy Tab A


Membuat Perancangan Perjalanan Ke Rumah Rakan-Rakan

Dengan penggunaan S-Pen juga, pengguna boleh membuat catatan dengan mudah, sebagai contoh perancangan untuk melawat rumah sanak-saudara berdekatan. Kadang-kala anda mungkin terlupa untuk melawat rumah seorang dua kawan yang berdekatan dan hanya perasan akan berkaitan dengannya apabila kembali semula ke rumah. Menggunakan Galaxy Tab A, anda boleh membuat perancangan perjalanan anda, dan menyemak akannya ketika dalam perjalanan.

Galaxy Tab A


Membantu Lain Dengan Melakar Dan Menunjukkan Perjalanan

Pada hari ini, ramai yang bergantung kepada Waze untuk ke sesuatu lokasi. Namun, di kampung dan sesetengah lokasi, ia lebih mudah untuk ditunjukkan dengan lakaran pen dan kertas bagi menunjukkan arah perjalanan ke sesuatu rumah. Menggunakan Galaxy Tab A, perkara ini dipermudahkan dengan penggunaan S-Pen yang hadir terbina pada tablet ini.

Galaxy Tab A


Memainkan Media Dan Melihat Gambar Pada Skrin Lebih Besar

Salah satu kelebihan tablet berbanding dengan telefon adalah penggunaan skrin yang lebih besar yang memudahkan anda mengakses dan melihat media pada paparan yang lebih besar. Perkara ini juga memudahkan anda berkongsi peranti untuk melihat sesuatu – terutamanya sebagai melihat koleksi gambar raya ketika musim perayaan ini. Anda boleh menggunakan kabel OTG untuk menghubungkan pemacu terus ke tablet ini, ataupun menggunakan kad mikro-SD dari kamera, menghubungkannya ke kamera dan seterusnya melihat pelbagai gambar-gambar rakaman keluarga anda ketika musim perayaan ini.

Galaxy Tab A


Semua Peranti Dalam-Satu

Menggunakan Galaxy Tab A, ia bukan sahaja membantu anda dalam menjadikan diri lebih produktif ketika bercuti mahupun ketika bekerja, tetapi pada masa yang sama ia membawakan pelbagai fungsi pada satu peranti. Anda turut boleh menggunakan Galaxy Tab A sebagai telefon, mahupun mendapatkan beberapa aksesori seperti papan kekunci dan sebagainya. Penggunaan bateri yang tahan lama juga membantu pengguna untuk menggunakan peranti untuk waktu yang lama berbanding hanya telefon pintar.

  • Bersempana dengan Hari Raya Aidilfitri ini, Samsung Malaysia menawarkan satu tablet Galaxy Tab A 9.7 khusus untuk pembaca Amanz. Anda hanya perlu tinggalkan komen jawapan untuk soalan – “Apakah saiz penawaran Galaxy Tab A yang disediakan oleh Samsung di Malaysia” – dan komen tepat akan dipilih secara rawak sebagai pemenang. Semua boleh menyertainya, dan hadiah akan dihantar kepada alamat Malaysia sahaja. Pemenang akan dihubungi melalui alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen.

    Giveaway ini akan tamat pada 11.59 malam 24 Julai 2015 ini.

Komen