Audi, BMW Dan Daimler Dilaporkan Akan Menjadi Pemilik Baru Nokia HERE Maps

Audi, BMW Dan Daimler Dilaporkan Akan Menjadi Pemilik Baru Nokia HERE Maps

Diterbitkan pada July 22, 2015 oleh .

Nokia sebelum ini telah mengumumkan mereka terbuka untuk menjual perniagaan pemetaan mereka – HERE kepada syarikat lain, dan sejak daripada itu, beberapa syarikat telah menyatakan minat untuknya. Kini, selepas beberapa minggu, ia dilaporkan Nokia akan menjualnya kepada pengeluar kenderaan dari Jerman yang terdiri daripada gabungan Audi, BMW dan juga Daimler.

Nokia dikatakan menjualnya pada harga sekitar €2.5 bilion (~RM10.36 bilion), dan transaksi ini dikatakan akan diumumkan dalam masa beberapa hari lagi.

Nokia HERE sebelum ini telah digunakan oleh sejumlah besar kenderaan dalam menawarkan sokongan navigasi kepada mereka. Penggunaan teknologi pemetaan ini merupakan salah satu perkara penting pada masa kini, memandangkan pelbagai syarikat sedang beralih kepada pembangunan kereta yang dipandu secara automatik – yang mana memerlukan teknologi pemetaan sebagai sebuah teras utama.

Nokia buat masa ini tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengannya. Ia dikatakan HERE akan ditawarkan sebagai platform terbuka kepada semua, dan syarikat kenderaan yang membelinya akan turut menawarkan ia kepada syarikat kenderaan lain untuk menggunakannya dalam pembangunan dan pada pengeluaran mereka.


TIPS & ULASAN