Cari @ Amanz

Google dalam usaha menjadikan penawaran mereka lebih terbuka dan menyokong pelbagai platform, hari ini telah memperkenalkan sebuah pemalam khusus untuk Microsoft Office – yang mana menambah integrasi Google Drive untuknya. Langkah ini agak mengejutkan ramai memandangkan Google sedia mempunyai penawaran Google Docs dan sebagainya.

Google Drive

Melalui pemalam ini, ia memfokuskan kepada pengguna Microsoft Office, dimana mereka boleh membuka dokumen terus daripada Google Drive, menyuntingnya dan membuat simpanan kembali ke Google Drive.

Ini sekaligus membolehkan pengguna untuk menggunakan ruangan storan Google Drive diluar pelayar web dengan mudah, disamping pada masa yang sama memberikan lebih kelonggaran kepada pengguna. Walaupun Google tidak menekankan sokongan Docs melalui integrasi baru ini, tetapi Google boleh dikatakan masih memenangi pengguna dengan Google Drive.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd