Xiaomi Melancarkan Mi Note Di Malaysia – Peranti Flagship Dengan Storan 64GB Pada Harga RM1549

Xiaomi Melancarkan Mi Note Di Malaysia – Peranti Flagship Dengan Storan 64GB Pada Harga RM1549

Diterbitkan pada July 22, 2015 oleh .

Xiaomi Malaysia hari ini secara rasminya membawa masuk telefon pintar flagship yang telah diperkenalkan pada awal tahun ini, iaitu Mi Note ke pasaran tempatan. Telefon pintar bersaiz 5.7-inci akan dijual pada harga RM1549, dan akan dijual bermula 28 Julai ini melalui laman Mi.com.

Xiaomi Mi Note merupakan peranti flagship dibawah keluarga phablet daripada Xiaomi. Ia dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 801 dan turut membawakan pelbagai ciri-ciri menarik lain bersama-sama dengannya.

Rekaan peranti Mi Note sendiri berbeza dengan penawaran peranti lain Xiaomi. Ia hadir dengan rekaan berasaskan kaca pada bahagian hadapan dan belakang, selain kerangka berasaskan logam. Untuk memberikan keselesaan pada tangan, Xiaomi menggunakan kaca 2.5D pada bahagian belakang yang membawa rekaan sedikit melengkung di tepi peranti.

Xiaomi Mi Note

Xiaomi Mi Note

Xiaomi Mi Note

Untuk rakaman gambar, Xiaomi menyertakan sensor 13-megapixel yang dilengkapi dengan sokongan OIS. Mi Note turut menyertakan LED dwi-tona untuk memberikan hasil rakaman yang lebih cantik dan semulajadi. Untuk rakaman selfie, Mi Note membawakan kamera 4-megapixel dengan teknologi seumpama HTC Ultrapixel bersama-sama dengannya.

Beberapa fungsi lain yang turut disertakan pada Mi Note adalah termasuk Reading Mode – yang mana mengoptimasikan skrin untuk mesra mata bagi membaca untuk masa yang lama. Mi Note juga turut menyertakan Sunglight Display yang memudahkan anda melihat skrin pada keadaan cahaya yang terang.

Pada bahagian bateri, Xiaomi menyertakan bateri berkapasiti 3000mAh yang mana hadir dengan sokongan pengecasan panas Quick Charging 2.0. Xiaomi mengatakan mereka berjaya mengecas sehingga 63% dalam masa sejam.

Xiaomi Mi Note

Xiaomi Mi Note

Xiaomi Mi Note

Xiaomi juga turut menekankan fungsi audio pada peranti Mi Note ini, dimana mereka menyertakan sokongan HiFi, membolehkan audio dimainkan pada kadar 24bit/192KHz lossless. Peranti ini membawakan sokongan dwi-SIM dimana ia menggunakan gabungan nano-SIM dan juga mikro-SIM.

Apa yang menariknya untuk pasaran Malaysia, telefon dengan sokongan rangkaian LTE ini hadir dengan ruangan storan sebesar 64GB, dan dilengkapi dengan memori 3GB RAM. Perkara ini sekaligus membolehkan pengguna menyimpan pelbagai fail tanpa risau akan ruangan storan mereka akan penuh dengan pantas berbanding beberapa peranti lain.

Xiaomi Mi Note ini akan dijual pada harga RM1549 di Malaysia bermula 28 Julai ini melalui laman rasmi Mi.com. Xiaomi turut mengatakan beberapa syarikat telekomunikasi akan turut menawarkan peranti ini bersama-sama pakej mereka dalam beberapa minggu lagi. Aksesori untuknya turut akan ditawarkan melalui Mi.com pada tarikh sama.

Xiaomi Mi Note Malaysia

Xiaomi Mi Note Malaysia

Xiaomi Mi Note Malaysia

Xiaomi Mi Note Malaysia

Baca : Pandang Pertama Xiaomi Mi Note


TIPS & ULASAN