GoFish – Kamera Aksi Untuk Kaki Pancing

GoFish – Kamera Aksi Untuk Kaki Pancing

Diterbitkan pada July 23, 2015 oleh .

Peminat sukan lasak gemar menggunakan kamera aksi GoPro bagi merakam aksi berani mati dan tidak takut izrail mereka. Pelbagai cagak digunakan bagi memberikan sudut pandangan terbaik dan ianya amat mengagumkan. Kepada peminat aktiviti luaran lain merakan aksi mungkin sedikit sukar kerana ketiadaan kamera khas yang boleh digunakan.

GoFish-Cam-Featured-image-630x420

Tetapi sekiranya anda kaki pancing dan mahu merakam aksi menarik bertarung dengan ikan yang ditangkap kini wujud GoFish. Ianya kamera aksi yang dicipta khas untuk  anda. Kamera aksi ini merakam pada resolusi HD Penuh, mampu berfungsi selama 4 jam dan kalis air sehingga kedalaman 150 meter. Ia turut mempunyai sistem lampu infra merah untuk rakaman pada waktu malam serta aplikasi khas yang memindahkan rakaman terus ke dalam peranti pintar.

Kamera GoFish masih dalam proses pengumpulan dana tetapi boleh ditempah pada harga $115. Kini video anda bertarung dengan Kelah Sungai Lembing, Patin Tasik Kenyir dan Todak Kuala Rompin boleh dikongsi dengan kaki pancing yang lain.

GoFish-Cam-image-3-630x354


TIPS & ULASAN