Rupa Sebenar OnePlus 2 Akhirnya Tertiris

Rupa Sebenar OnePlus 2 Akhirnya Tertiris

Diterbitkan pada July 22, 2015 oleh .

Persoalan tentang rupa sebenar OnePlus 2 sudah berlarutan berbulan lamanya. Terdapat beberapa lakaran dan juga spekulasi tersebar ke arena web. Hari ini rupa sebenar OnePlus 2 akhirnya tertiris selepas gambarnya dipaparkan oleh agensi ujian TENAA China. Pada bahagian hadapan terdapat pengimbas cap jari sama seperti yang ada pada Samsung Galaxy S6. Pada bahagian belakang pula terdapat satu sahaja kamera (bukan berkembar seperti beberapa ura-ura sebelum ini) dengan sensor pemfokusan laser seperti yang ada pada LG G4.

Apakah pendapat anda tentang rekaan OnePlus 2? Ia masih mengekalkan estetik serupa seperti yang dilihat pada OnePlus 1 sebelum ini. Adakah anda masih mahu memilikinya? Peranti ini akan dilancarkan secara rasmi pada 27 Julai akan datang.

Tenaa-OnePlus-2-1

Tenaa-OnePlus-2-2


TIPS & ULASAN