WhatsApp Menyertakan Beberapa Fungsi Baru Untuk Android – Termasuk Fungsi Menandakan Chat Sebagai Tidak Dibaca Lagi

WhatsApp Menyertakan Beberapa Fungsi Baru Untuk Android – Termasuk Fungsi Menandakan Chat Sebagai Tidak Dibaca Lagi

Diterbitkan pada July 22, 2015 oleh .

WhatsApp sering menguji beberapa fungsi baru pada platform Android terlebih dahulu sebelum ia diperluaskan ke platform lain. Hari ini, pihak pembangun WhatsApp hadir dengan kemaskini aplikasi baru yang mana membawakan sejumlah fungsi baru untuk pengguna perkhidmatan tersebut di Android.

Melalui kemaskini WhatsApp 2.12.194, salah satu fungsi baru yang menarik hadir adalah kebolehan menandakan sesuatu chat sebagai tidak dibaca lagi – atau “Mark As Unread”. Pengguna boleh tap pada sebarang ruangan chat – sama ada individu atau kumpulan, dan ia akan memaparkan beberapa pilihan, termasuk pilihan “Mark As Unread”. Ini mungkin sangat berguna bagi anda yang mungkin ingin kembali kepada seseorang itu apabila anda mempunyai masa terluang kelak.

WhatsApp Android

WhatsApp Android

Selain itu, kemaskini ini turut membawakan fungsi Custom Notification, membolehkan anda menetapkan notifikasi yang berbeza kepada setiap pengguna dan rakan-rakan. Anda juga turut boleh menetapkan bagaimana pop-up chat daripada pengguna tersebut diperlihatkan, selain pilihan warna LED yang dipaparkan untuk notifikasi.

Akhir sekali, satu lagi perkara baru yang dibawakan adalah kebolehan untuk menetapkan penggunaan data yang rendah ketika membuat panggilan suara – dan WhatsApp akan mengoptimasikan panggilan yang diterima dan dibuat menggunakannya.

Kemaskini ini masih perlu dipasang secara manual buat masa ini (dengan menggunakan APK). Ia mungkin hadir ke Play Store tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN