Microsoft hari ini telah memperkenalkan sebuah lagi aplikasi baru yang dibangunkan oleh Microsoft Garage, iaitu aplikasi Send untuk iPhone. Melalui aplikasi ini, Microsoft dilihat ingin memudahkan penggunaan emel untuk tujuan permesejan ringkas, dan menggunakannya sebagai pelbagai aplikasi permesejan yang lain.
Microsoft mengatakan Send ini beroperasi sebagai in-and-out email – dimana pengguna tidak perlu memasukkan tajuk emel, menggunakan bahasa rasmi dan sebagainya. Ia boleh digunakan untuk tujuan perbualan ringkas dan mendapat jawapan yang lebih pantas berbanding kebiasaannya.
Send ini menggunakan alamat emel untuk tujuan permesejan, dan memandangkan semua mempunyai alamat emel, maka Send boleh digunakan tanpa perlu membuat pendaftaran baru. Malah pengguna yang tidak mempunyai aplikasi ini juga turut boleh membalas kepada mesej yang dihantar menggunakan sebarang klien emel mereka.
Buat masa ini, Microsoft hanya menawarkan ia untuk iPhone sahaja, dan ia akan diperluaskan ke Android dan Windows Phone tidak lama lagi. Apa pun, ia masih diterbitkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja buat masa ini, dan masih belum boleh dimuat-turun di Malaysia.
- Muat-Turun Send untuk iPhone