Cari @ Amanz

Kemas kini untuk peranti dari keluarga Xperia Z3 dan Z2 sedia untuk dimuat turun. Pengumuman baru sahaja dilakukan oleh menerusi laman Sony Mobile. Peranti yang akan menerima kemas kini ialah Xperia Z3, Xperia Z3 Compact, Xperia Z3 Tablet Compact, Xperia Z2 dan Xperia Z2 Tablet. Ketika artikel ini ditulis kemas kini untuk Xperia Z3 tempatan masih belum kelihatan. Mungkin hanya akan diterima pengguna dalam masa beberapa minggu lagi seperti yang berlaku pada kemas kini Android 5.0 sebelum ini. Setakat ini pengguna Z3 Compact di Negara Balkan dan Timur tengah melaporkan sudah menerima kemas kini 5.1.

Xperia

Antara kemas kini yang dilakukan ialah pilihan kawalan bunyi yang baru. Kekuatan panggilan telefon, deringan dan pemain media dapat ditetapkan secara berasingan. Ikon baru pada skrin tetapan turut dilakukan serta kemampuan mengurangkan saiznya pada paparan skrin. Kepantasan kamera juga dikatakan turun dipertingkatkan.

Sony turut mengumumkan peranti Xperia Z1, Xperia Z1 Compact, Xperia Z Ultra, Xperia T2 Ultra, Xperia C3, Xperia Z , Xperia M2 dan Xperia M2 Aqua akan turut menerima kemas kini 5.1.1 di masa hadapan. Tarikh muktamad bilakan ia akan dilakukan tidak pula diberikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd