Samsung Galaxy A8 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Samsung Galaxy A8 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada July 23, 2015 oleh .

Samsung baru sahaja mengumumkan Galaxy A8 di pasaran China, dimana ia hadir dengan rekaan yang nipis, selain turut mengintegrasikan beberapa ciri-ciri premium seperti penyertaan sokongan pengimbas cap jari. Sebelum ini kami telah maklumkan ia telah melepasi pengesahan Sirim, dan kini Samsung Malaysia menjadualkan acara khusus pada minggu hadapan untuk pelancaran peranti berkenaan.

Samsung Galaxy A8

Galaxy A8 merupakan peranti pertama daripada keluarga Galaxy A yang menggunakan angka genap, hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci, dan dilengkapi cip Snapdragon 615. Ia hadir dengan memori 2GB RAM, serta ruangan storan sebesar 16GB. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang 16-megapixel, serta kamera hadapan 5-megapixel.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, tetapi dengan ciri-ciri premium yang dibawakan ini, tidak mustahil ia berharga agak tinggi. Galaxy A7 sebelum ini ditawarkan pada harga RM1499 di Malaysia.

Samsung Galaxy A8

Samsung Galaxy A8


TIPS & ULASAN