Cari @ Amanz

Pada 24 Julai ini, iaitu esok, Uber akan menawarkan tempahan ais krim, membolehkan pengguna menempah ais krim daripada The inside Scoop di Kuala Lumpur pada harga RM20 untuk tiga dan dihantar terus oleh Uber kepada anda.

Uber Ice Cream

Uber akan menawarkan perkhidmatan ini melalui aplikasi mereka antara pukul 1 petang hingga 9 malam esok, dan segala pembayaran akan dilakukan menggunakan aplikasi Uber – seperti kebiasaan.

Acara yang digelar mereka sebagai Uber Ice Cream ini merupakan salah satu acara global tahunan. Pengguna perlu menggunakan aplikasi Uber, memasukkan lokasi dan membuat tempahan ais krim berkenaan. Sekiranya anda dihubungkan (seperti dihubungkan kepada pemandu ketika membuat tempahan kenderaan), ais krim akan dihantar kepada anda selepas beberapa minit daripada itu.

Selain daripada Kuala Lumpur, Uber juga turut menawarkan ia di Pulau Pinang, dimana mereka bekerjasama dengan Kochabi untuk 6 ais krim pada harga RM25. Pengguna Johor Bahru pula boleh menikmati 4 Scoop Bar pada harga RM25.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd