Cari @ Amanz

Uber merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan kemudahan untuk pengguna membuat tempahan kenderaan dan pemandu, selain turut hadir dengan promosi khusus seperti Uber Ice Cream. Terkini, Xiaomi mengumumkan kerjasama dengan pihak Uber untuk membuat penghantaran peranti Mi Note yang telah dilancarkan di Malaysia semalam.

Uber Mi Note

Melalui apa yang dikongsikan Hugo Barra, pengguna kini boleh membuka aplikasi Uber, dan kemudian memilih Xiaomi, dan seterusnya membuat tempahan Mi Note. Peranti berkenaan akan dihantar terus kepada anda, dan Xiaomi akan mengecaj menggunakan kad kredit pada akaun Uber anda.

Pengguna boleh membuat tempahan Mi Note ini menggunakan aplikasi Uber bermula 27 Julai kelak, sehari sebelum ia ditawarkan melalui laman rasmi Mi.com.

Mi Note merupakan telefon pintar terbaru daripada Xiaomi, hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 801, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Xiaomi Mi Note ini turut hadir dengan rekaan premium, dan kaca melengkung 2.5D pada bahagian belakang. Di Malaysia, ia dijual pada harga RM1549. Selain daripada melalui Uber, ia akan turut dijual pada laman Mi.com, dan turut ditawarkan melalui pakej telekomunikasi tidak lama lagi.

Xiaomi Mi Note

Xiaomi Mi Note

Xiaomi Mi Note

Xiaomi Mi Note

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd