WATCHme – Pengecas Apple Watch Paling Comel Persis Minions

WATCHme – Pengecas Apple Watch Paling Comel Persis Minions

Diterbitkan pada July 23, 2015 oleh .

Jam tangan pintar mungkin membuatkan anda kelihatan ranggi tetapi berbanding jam tangan biasa, ia mempunyai jangka hayat penggunaan yang pendek. Majoriti jam tangan pintar hanya mampu bertahan sealam sehari. Jadi mengecasnya setiap hari adalah antara perkara yang harus anda biasakan apabila mula menggunakan jam pintar.

Apple Watch ialah jam tangan pintar yang mendominasi pasaran sekarang. Pelbagai aksesori dihasilkan seperti cangkerang tahan lasak seakan G Shock yang kami paparkan sebelum ini. Hari ini mari lihat pengecas tanpa wayar Apple Watch yang comel dan kelihatan seperti watak Minions dari filem Despicable Me. WATCHme mengecas Apple Watch sebaik sahaja ia disarungkan kepada kepalanya. Pengecas asal Apple Watch dimasukkan ke dalam tubuh WATCHme dan ia akan berfungsi secara serta merta tanpa perlu melakukan penyesuaian tambahan. Pengecas ini boleh digunakan untuk model 38mm dan 42 mm Apple Watch.

Harga jualan WATCHme adalah hanya €19 (RM 80 ) sebuah. Terdapat tiga pilihan warna (hitam. putih dan kuning) dan anda turut akan menerima dua set pelekat bagi membuatkan WATCHme milik anda kelihatan lebih comel.

WatchMe

 


TIPS & ULASAN