P1 Menawarkan Aplikasi Android Dan iOS Bagi Pengguna Memantau Penggunaan Kuota

P1 Menawarkan Aplikasi Android Dan iOS Bagi Pengguna Memantau Penggunaan Kuota

Diterbitkan pada July 23, 2015 oleh .

P1 kini merupakan salah satu subsidiari Telekom Malaysia, dan mereka telah mula melakukan perubahan sedikit demi sedikit pada syarikat. Untuk pelanggan mereka, kini P1 turut menyediakan sebuah aplikasi khusus untuk memudahkan pelanggan mereka memantau penggunaan kuota semasa.

P1 Self Care

Menggunakan aplikasi berkenaan, pengguna boleh melihat penggunaan semasa, baki kuota, dan juga turut membuat tambah-nilai kuota. Disamping itu, pengguna turut boleh melihat ringkasan penggunaan mereka, selain menyemak pembayaran dan sejarah pembayaran mereka.

Aplikasi ini boleh dimuat-turun oleh pengguna peranti iOS dan juga Android hari ini, dan memudahkan lagi anda menguruskan akaun P1 anda menggunakannya berbanding dengan penggunaan web P1.

Muat-Turun P1 Self Care untuk Android

Muat-Turun P1 Self Care untuk iOS


TIPS & ULASAN