Gambar Yang Dikatakan Sebagai Galaxy Note 5 Tertiris Ke Arena Web

Gambar Yang Dikatakan Sebagai Galaxy Note 5 Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada July 24, 2015 oleh .

Samsung dikatakan akan memperkenalkan telefon pintar Galaxy Note 5 mereka pada pertengahan Ogos ini, dan beberapa info berkaitan dengannya serta rekaan konsep untuknya telah pun tertiris. Kini, beberapa gambar baru turut hadir ke arena web, dikatakan sebagai gambar telefon Galaxy Note 5 yang bakal diumumkan.

Galaxy Note 5 Tertiris

Daripada gambar yang tertiris ini, ia memperlihatkan skrin boot untuk Galaxy Note 5, selain turut menunjukkan rekaan peranti yang lebih kurang menyerupai Galaxy S6 sebelum ini.

Galaxy Note 5 Tertiris

Samsung dijangka akan melengkapkan spesifikasi peranti terkini, termasuk menggunakan memori 4GB RAM serta cip Exynos terkini melaluinya. Ia turut dikatakan sokongan S-Pen jenis boleh ditekan untuk keluar akan hadir pada Galaxy Note 5 berbanding penggunaan pada peranti sebelum ini yang memerlukan pengguna mencungkilnya keluar.

Mengikut desas-desus, Samsung dikatakan akan mengumumkan peranti ini secara rasmi pada 12 Ogos kelak.


TIPS & ULASAN