Rise Of Tomb Rider Akan Muncul Pada Platform PlayStation 4 Dan PC Tahun Hadapan
Artikel Berkaitan

Rise Of Tomb Rider Akan Muncul Pada Platform PlayStation 4 Dan PC Tahun Hadapan

Diterbitkan pada July 24, 2015 oleh .

Rise of The Tomb Raider adalah kesinambungan kepada Tomb Raider yang menceritakan asal usul Lara Croft sebelum beliau menjadi watak pengembara paling terkenal di dalam dunia permainan. Ketika diumumkan tahun lalu, RoTR dikatakan eksklusif kepada konsol Xbox One dan Xbox 360. Keputusan pembangun Crystal Dynamics untuk hanya mengeluarkan permainan yang sangat dinantikan ini pada konsol Microsoft sahaja mendapat kritikan peminat seluruh dunia.

Rise of Tomb Raider

Hari ini Crystal Dynamics mengumumkan RoTR akan turut hadir pada konsol PlayStation 4 dan juga PC. Sungguhpun begitu ia hanya akan hadir tahun hadapan. Versi Xbox One dan Xbox 360 akan mula dijual 10 November hadapan. Versi PC dijangka hadir awal tahun 2016 manakala versi PlayStation 4 akan hadir sebelum Krismas 2016. Adalah dipercayai Microsoft membayar Crystal Dynamics untuk menjadikan RoTR eksklusif pada konsol mereka selama setahun.

Amalan eksklusif bermasa (timed exclusive) ialah antara perkara yang tidak dapat dielakkan sekarang dan hanya merugikan peminat e-permainan secara keseluruhan. Pengumuman Crystal Dynamics ini sedikit sebanyak memberi harapan kepada pengguna PC dan Xbox One bahawa di masa hadapan giliran mereka pula menerima Final Fantasy VII Remake yang buat masa ini hanya diumumkan untuk PlayStation 4


TIPS & ULASAN