IKEA Menghasilkan Alas Meja Dengan Tempat Menyimpan Peranti Pintar Terbina

IKEA Menghasilkan Alas Meja Dengan Tempat Menyimpan Peranti Pintar Terbina

Diterbitkan pada July 24, 2015 oleh .

Penggunaan peranti ketika di meja makan adalah diharamkan di rumah ibu bapa saya. Setiap kali pulang peranti harus diletakkan di ruang tamu dan kesemua ahli keluarga harus makan bersama tanpa mengadap skrin peranti. Ini bagi menggalakkan perbualan sesama keluarga serta dan menjauhkan perangai anti sosial.

IKEA kini menghasilkan alas meja dengan poket menyimpan peranti pintar terbina. Menurut IKEA mereka menyedari semakin ramai orang menggunakan peranti ketika di meja makan. Dengan adanya poket khas ini peranti boleh disimpan dengan selamat, bersih dan pada waktu yang sama skrin terlindung bagi mengelakkan gangguan ketika makan. Alas meja ini adalah sebahagian daripada koleksi rekaan terkini IKEA untuk 2016.

Apa yang dilakukan IKEA ini memang menarik kerana pada waktu yang sama mereka juga baru sahaja memperkenalkan perabot dengan pengecas tanpa wayar terbina. IKEA memang bijak dalam menghasilkan perabot dan juga hiasan rumah yang direka khas untuk manusia moden.

IKEA alas Meja 2


TIPS & ULASAN