(Ura-Ura) Xiaomi Akan Memperkenalkan MIUI 7 Pada Bulan Hadapan

(Ura-Ura) Xiaomi Akan Memperkenalkan MIUI 7 Pada Bulan Hadapan

Diterbitkan pada July 24, 2015 oleh .

Pada peranti Xiaomi, mereka menggunakan sistem operasi Android, tetapi dilengkapi dengan antaramuka dan beberapa pengubahsuaian tersendiri. Pihak Xiaomi memanggilnya sebagai MIUI, dan ia bukan hanya hadir bersama-sama peranti Xiaomi, tetapi turut ditawarkan untuk dipasang pada peranti Android lain yang terpilih.

Setiap tahun, mereka mengemaskini MIUI dengan versi baru yang mana membawakan beberapa penambah-baikkan serta fungsi-fungsi baru bersama-sama dengannya. Untuk tahun ini, Xiaomi diura-ura akan memperkenalkan MIUI 7 pada bulan Ogos 2015 ini.

Maklumat penuh berkaian dengannya masih tidak diketahui lagi, tetapi ia dikatakan MIUI 7 akan berasaskan kepada Android 5.1 yang telah dilancarkan sebelum ini.

Sebelum ini, pada tahun lepas, Xiaomi telah memperkenalkan MIUI 6 pada pertengahan Ogos, tetapi hanya melancarkannya kepada umum pada bulan Oktober. Pelbagai versi MIUI sebelum ini sering membawakan kemaskini antaramuka, dan mungkin kita boleh menjangka perkara sama pada MIUI 7 kelak.


TIPS & ULASAN