Fallout Shelter Untuk Android Bakal Hadir 13 Ogos Hadapan
Artikel Berkaitan

Fallout Shelter Untuk Android Bakal Hadir 13 Ogos Hadapan

Diterbitkan pada July 25, 2015 oleh .

Fallout Shelter ialah permainan simulasi kubu bawah tanah yang dilancarkan oleh Bethesda ketika pengumuman Fallout 4 bulan lalu. Pada waktu pelancaran ia hanya boleh dimuat turun oleh pengguna peranti iOS. Permainan ini mendapat sambutan yang amat hangat dan Bethesda dilaporkan berjaya mengaut keuntungan sebanyak $5 Juta secara penjualan di dalam aplikasi. Sambutan hangat ini mengejutkan pihak Bathesda sendiri kerana Fallout Shelter sebenarnya dihasilkan sebagai aplikasi mempromosikan Fallout 4.

Kepada pengguna Android anda hanya perlu menunggu sehingga 13 Ogos ini untuk memainkannya pada peranti pintar anda. Aplikasi permainan ini adalah percuma dengan pembelian dalam aplikasi bagi mempercepatkan tugas anda sebagai Overseer kubu bawah tanah anda sendiri. Setakat ini tidak diketahui sama ada sistem operasi selain Android dan iOS akan menerima versi Fallout Shelter mereka di masa hadapan.

Fallout-Shelter


TIPS & ULASAN