Fiat Chrysler Menarik Semula 1.4 Juta Kenderaan Kerana Ianya Boleh Digodam – Pemilik Di Malaysia Mungkin Turut Terjejas

Fiat Chrysler Menarik Semula 1.4 Juta Kenderaan Kerana Ianya Boleh Digodam – Pemilik Di Malaysia Mungkin Turut Terjejas

Diterbitkan pada July 25, 2015 oleh .

Beberapa bulan yang lalu saya menonton sebuah episod CSI Cyber dimana sebuah kenderaan dikawal oleh penggodam sehingga hampir terlibat di dalam sebuah kemalangan. Saya tertawa besar kerana saya merasakan situasi sebuah kenderaan digodam dan dikawal seperti kereta kawalan jauh ini adalah fiksyen yang dicipta untuk siri TV.  Semalam tersebar berita kenderaan yang dihasilkan syarikat Fiat Chrysler telah berjaya digodam dari jarak beribu batu. Kerentanan pada perisian UConnect yang digunakan oleh mereka membenarkan penggodam mengawal sistem stereng, pedikit, brek, pengelap cermin, pendingin hawa dan transmisi kenderaan melalui rangkaian selular. Situasi fiksyen CSI Cyber yang saya katakan tadi kini menjadi realiti.

wired-car-boom-640x480

Menyedari bahaya yang mungkin berlaku akibat kerentanan perisian UConnect mereka, Fiat Chrysler menarik semula 1.4 Juta kenderaan yang menggunakan perisian ini secara segera. Kenderaan yang ditarik semula akan menerima kemas kini perisian bagi menghalang godaman dari berlaku di masa hadapan. Kenderaan yang ditarik semula ialah,

2013-2015 MY Dodge Viper
2013-2015 Dodge Ram 1500, 2500 and 3500
2013-2015 Dodge Ram 3500, 4500, 5500 Chassis Cabs
2014-2015 Jeep Grand Cherokee dan SUV Cherokee
2014-2015 Dodge Durango SUVs
2015 MY Chrysler 200, Chrysler 300 dan Dodge Charger sedans
2015 Dodge Challenger Sports Coupe

Di Malaysia, Jeep Grand Cherokee dan SUV Cherokee menggunakan dijual dengan sistem UConnect. Sungguhpun begitu kami tidak pasti sama ada kenderaan Jeep di Malaysia mempunyai masalah kerentanan yang sama. Kami sudah menghubungi pihak Jeep Malaysia dan masih menunggu jawapan rasmi mereka mengenai isu ini. Kami akan mengemaskini artikel ini apabila jawapan diterima.


TIPS & ULASAN