Cagak Mulut GoPro Untuk Peminat Sukan Luncur Air

Cagak Mulut GoPro Untuk Peminat Sukan Luncur Air

Diterbitkan pada July 25, 2015 oleh .

Dua tahun lalu Gumphone dicipta. Ianya pemegang peranti pintar yang digunakan pada mulut pengguna. Ia dicipta sebagai jenaka kerana melihat kegilaan orang ramai menggunakan peranti di merata tempat. Gumphone mungkin jenaka tetapi MyGo Mouth Mount ialah alat yang dicipta untuk aktiviti serius. Cagak GoPro yang dipasang pada mulut ini dicipta khas untuk peminat sukan luncur air.

Cagak yang sedia ada dipasang pada papan luncur dan tidak memberikan rakaman yang memuaskan. Dengan MyGo Mouth Mount, penciptanya mahu peluncur merakan aksi mereka dari sudut lebih dinamik. Cagak tidak statik pada papan luncur dan mengikut pergerakan kepala peluncur. Menurut mereka ia lebih selamat dipakai dari cagak kepala yang mudah tertanggal. Jika anda peluncur dan mahukan cagak mulut ini ia dijual pada harga $34.99 sebuah.

MyGoMouth-Mount-2

 

 


TIPS & ULASAN