Cari @ Amanz

Sebelum ini, kita telah melihat Facebook dan Yahoo!, masing-masing menawarkan launcher mereka tersendiri untuk Android, dan kini ia turut disertai oleh Microsoft. Gergasi perkomputeran yang terkenal dengan arena Windows ini kini dilihat sedang menguji sebuah launcher khusus untuk Android, dinamakan sebagai Arrow Launcher.

Bagi anda yang tidak mengenali akan launcher, ia merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan pengguna mengubah paparan peranti mereka, dan menyertakan beberapa fungsi tambahan melaluinya.

Microsoft Arrow Launcher

Untuk Arrow Launcher, ia hadir dengan rekaan yang ringkas dan tidak mengelirukan. Sebanyak tiga halaman utama disediakan, dimana halaman tengah yang memaparkan aplikasi yang sering dibuka serta aplikasi baru, halaman kiri yang memaparkan senarai pemanggil yang telah dilakukan baru-baru ini, dan pada bahagian kanan ia memaparkan nota dan peringatan.

Microsoft Arrow Launcher

Microsoft Arrow Launcher

Pengguna turut boleh mengakses senarai aplikasi melalui talam aplikasi, dan ia dipaparkan mengikut susunan abjad.

Sebuah menu kecil turut dipaparkan pada bahagian bawah peranti, yang mana pengguna boleh tap dan ia akan memaparkan senarai aplikasi dan nombor telefon terakhir yang anda dial.

Aplikasi ini masih pada peringkat beta tertutup, dan tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan melancarkannya secara rasmi kepada pengguna Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd