Instagram Untuk Android Dikemaskini – Mempercepatkan Perkongsian Gambar

Instagram Untuk Android Dikemaskini – Mempercepatkan Perkongsian Gambar

Diterbitkan pada July 26, 2015 oleh .

Instagram hari ini telah mula memperkenalkan kemaskini baru untuk aplikasi Android mereka, dimana melaluinya, pihak Instagram membawakan rekaan halaman penyuntingan gambar baru yang mempercepatkan lagi perkongsian.

Instagram Android

Kini, selepas merakamkan gambar, pengguna tidak lagi dipaparkan dengan halaman penyuntingan seperti sebelumnya, tetapi hadir dengan halaman baru yang mengabungkan penyuntingan dan perkongsian pada satu lokasi.

Pengguna masih boleh mengakses halaman penyuntingan tradisional seperti sebelumnya dengan menekan pada butang “Edit”. Tetapi, pada masa yang sama, anda juga turut boleh memilih untuk swipe atas gambar untuk melihat kesan tambahan yang disediakan oleh Instagram.

Pada bahagian bawah pula, lokasi diisi secara automatik berdasarkan kepada lokasi semasa, dan pengguna boleh memilih untuk menyertakannya ataupun sebaliknya.

Kemaskini baru untuk Android ini sedang diperkenalkan secara berperingkat dan mungkin ditawarkan meluas kepada pengguna sepanjang minggu ini.

Muat-Turun Instagram untuk Android


TIPS & ULASAN