Cari @ Amanz

Windows 10 akan dilancarkan secara rasminya pada minggu ini, iaitu 29 Julai 2015. Sebagai langkah persediaan untuknya, salah satu perkara yang perlu dilakukan adalah menyemak sama ada komputer anda menyokong sistem operasi Windows 10 ataupun sebaliknya.

Microsoft sebelum ini telah mengatakan pelbagai komputer yang menjalankan Windows 7 dan juga Windows 8.1 akan menyokong sistem operasi terbaru mereka. Untuk proses memasangnya sahaja, pengguna memerlukan ruangan storan sehingga 16GB untuk 32-bit, atau 20GB ruangan storan untuk 64-bit.

Spesifikasi lain yang turut diperlukan adalah menggunakan cip pemprosesan sekurang-kurangnya 1GHz, serta memori 1GB RAM (untuk 32-bit) dan juga 2GB RAM (untuk 64-bit).

Bagi anda yang tidak mengetahui penawaran komputer anda secara teknikal, anda boleh menyemaknya secara automatik. Untuk melakukannya, klik pada ikon Windows yang dipaparkan pada taskbar komputer anda (bersebelahan dengan paparan masa, tarikh, dan volume).

Windows 10

Sebaik sahaja ia dibuka melalui tetingkap khusus, tap pada bahagian menu yang dipaparkan pada bahagian penghujung atas kiri, dan pilih “Check Your PC”.

Windows 10

Kemudian, perisian tersebut akan memaparkan sama ada komputer anda menyokongnya ataupun sebaliknya dari segi penawaran spesifikasi dan juga aplikasi serta data pada komputer anda.

Dengannya, anda boleh mengetahui secara kasar sama ada komputer anda akan menyokong WIndows 10 yang akan dilancarkan pada 29 Julai ini ataupun tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd