Trailer Untuk Dokumentari Steve Jobs – The Man In The Machine Diterbitkan

Trailer Untuk Dokumentari Steve Jobs – The Man In The Machine Diterbitkan

Diterbitkan pada July 27, 2015 oleh .

Sebelum ini, kita telah melihat filem Steve Jobs ditayangkan di pawagam, selain satu lagi variasi filem kisah hidup Steve Jobs akan hadir dalam beberapa bulan dan ditayangkan di Amerika Syarikat terlebih dahulu pada bulan Oktober ini. Selain daripada filem, sebuah dokumentari berkaitan bekas CEO Apple juga bakal hadir tidak lama lagi, dengan tajuk Steve Jobs – The Man In The Machine.

Melalui dokumentari ini, ia mengisahkan secara kasar mengenai kisah hidup Steve Jobs yang mana telah mengubah budaya Silicon Valley, malah telah membawa beberapa teknologi menarik ke dunia. Ia juga turut menyertakan komentar daripada mereka yang terdekat dan terlibat dalam industri teknologi.

Dokumentari ini akan turut ditawarkan melalui iTunes pada 4 September kelak, dan beberapa pawagam terpilih di Amerika Syarikat.


TIPS & ULASAN