Pengecas Peranti Berbentuk K.I.T.T Siri TV Knight Rider

Pengecas Peranti Berbentuk K.I.T.T Siri TV Knight Rider

Diterbitkan pada July 27, 2015 oleh .

Produk nostalgia kini amat popular kerana generasi sekarang merindui zaman gembira ketika mereka masih belum baligh dan mempunyai tanggungjawab dalam kehidupan. Berpuluh barangan dijual seperti pelekat retro untuk PlayStation 4 dan cangkerang telefon berbentuk kaset. Hari ini ada sebuah lagi produk rekaan retro yang saya sendiri rasakan amat menarik.

Ini ialah pengecas peranti di dalam kenderaan berbentuk K.I.T.T ( Knight Industries Two Thousand) dari siri TV popular Knight Rider. Ia mempunyai dua port USB yang mengecas pada 1 ampere. Apabila dipasangkan di dalam kenderaan ia juga mampu bercakap seperti dengan pergerakan LED seperti K.I.T.T sebenar. Terdapat 11 frasa terkenal dari siri TV boleh dituturkan pengecas apabila sebuah butang khas ditekan pada bahagian atas pengecas.  Sememangnya pengecas ini mensasarkan mereka yang membesar ketika dekad 80an. Ianya dijual pada harga $29.99 (RM115) sebuah. Ini membuatkan kami mahukan modifikasi suara K.I.T.T untuk Google Now, Siri dan Cortana. Ianya pasti akan membuatkan kami lebih bernostalgia.

KITT-pengecas

 


TIPS & ULASAN