Acer Malaysia Melancarkan Monitor Melengkung 34-inci Dan Monitor 27-inci Dengan NVIDIA G-Sync

Acer Malaysia Melancarkan Monitor Melengkung 34-inci Dan Monitor 27-inci Dengan NVIDIA G-Sync

Diterbitkan pada July 27, 2015 oleh .

Acer beberapa bulan yang lepas telah memperkenalkan monitor melengkung mereka memfokuskan kepada gaming pada peringkat global, dan hari ini syarikat yang berasal dari Taiwan berkenaan melancarkan produk mereka secara rasminya di Malaysia.

Acer Monitor KL

Dinamakan sebagai Acer Curved Monitor XR341CX, ia hadir dengan skrin bersaiz 34-inci, serta membawakan resolusi QHD (3440×1440 pixel). Ia turut membawakan rekaan yang cantik, serta skrin yang boleh dilaraskan ketinggian serta sudut paparan. Acer mengatakan ia menyokong paparan warna sRGB, serta membawakan kejituan warna yang baik – sesuai untuk mereka yang terlibat dengan arena rekabentuk multimedia dan fotografi.

Teknologi lain yang turut disertakan adalah sokongan Adaptive Sync Technology, serta integrasi dua speaker terbina 7W dengan sokongan DTS Sound. Acer turut mengatakan Acer Curved Monitor XR341CX hadir dengan teknologi Acer Eye Protect yang membolehkan pengguna menggunakan monitor tersebut untuk tempoh masa yang lama.

Bersama-sama dengan pengenalan monitor melengkung ini, Acer turut melancarkan monitor gaming mereka bersaiz 27-inci dinamakan Acer XB270HU yang hadir dengan sokongan NVIDIA G-SYNC, serta resolusi paparan 2560×1440 pixel. Fungsi Acer Adaptive Sync serta Acer Eye Protect turut disertakan bersama pada monitor ini.

Acer XR341CK akan dijual di Malaysia pada harga RM3699, sementara Acer XB270HU akan dijual pada harga RM2599.


TIPS & ULASAN