Aplikasi Teka Jawi Untuk Android – Permainan Kasual Dalam Menguji Perkataan Jawi

Aplikasi Teka Jawi Untuk Android – Permainan Kasual Dalam Menguji Perkataan Jawi

Diterbitkan pada July 27, 2015 oleh .

Terdapat beberapa permainan berbentuk kasual dan meneka perkataan. Kini, salah seorang pembangun tempatan turut hadir dengan sebuah aplikasi permainan percuma berbentuk kasual untuk Android, dinamakan sebagai Teka Jawi.

Teka Jawi

Seperti pada namanya, permainan ini memaparkan perkataan dalam jawi, dan kemudian memerlukan pengguna untuk membacanya dan menulis ia kembali menggunakan abjad biasa. Kebanyakkan perkataan jawi yang dipaparkan adalah boleh dikategorikan sebagai asas – menjadikan aplikasi berbentuk permainan ini sesuai untuk mereka yang baru mengenali jawi dan ingin mempelajarinya.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Google Play Store. Seperti kebanyakkan aplikasi percuma lain, Teka Jawi turut disokong menggunakan iklan.

Muat-Turun Teka Jawi untuk Android


TIPS & ULASAN