Samsung Memperkenalkan Monitor Dengan Sokongan Pengecasan Tanpa-Wayar Untuk Peranti Mudah-Alih

Samsung Memperkenalkan Monitor Dengan Sokongan Pengecasan Tanpa-Wayar Untuk Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada July 27, 2015 oleh .

Kebanyakkan monitor baru pada hari ini sering bersaing dari segi paparan, resolusi, sokongan grafik dan sebagainya. Menariknya, kini Samsung membawa ia setapak lagi kehadapan dengan mengumumkan monitor dengan sokongan pengecasan terbina.

Samsung Monitor Wireless Charger

Ia boleh dikatakan salah satu perkara yang menarik, memandangkan kebanyakkan pengguna meletakkan telefon dihadapan mereka ketika bertugas, dan dengan sokongan pengecasan ini, pengguna boleh mengecas peranti dengan mudah. Apatah lagi Samsung sendiri telah mula mengintegrasikan sokongan pengecasan tanpa wayar pada telefon keluaran mereka.

Samsung mengatakan sokongan pengecasan ini boleh digunakan pada semua peranti yang menggunakan piawaian pengecasan Qi yang dibangunkan oleh Wireless Power Consortium (WPC).

Samsung Monitor Wireless Charger

Bercakap mengenai monitor ini, ia hadir dalam saiz 23.6-inci dan juga 27-inci. Ia membawakan resolusi 1920×1080 pixel, serta plbagai fungsi terbina seperti Eye Saver Mode, Game Mod, Flicker Free dan sebagainya. Montior Samsung SE370 ini turut dilengkapi pensijilan Windows 10.

Harga jualan dan tarikh ia dimulakan jualan masih belum diumumkan oleh Samsung buat masa ini.


TIPS & ULASAN